Tips Tukar Menyusu Pada Ibu Kepada Botol Susu Kepada Cawan

feeding babyTukarkan Menyusu Pada Ibu Kepada Botol Susu

Sekiranya bayi anda tidak diperkenalkan dengan botol susu di awal kelahirannya pasti anda menghadapi sedikit masalah untuk berbuat demikian ketika usianya 2-3 bulan keatas. Namun, jangan risau ia masih boleh dilakukan. Di bawah, terdapat beberapa tips untuk mengenalkan bayi anda dengan botol susu…

1. anda sememangnya bukan orang yang sesuai menyusukan anak anda mengunakan botol susu untuk tempoh awal perkenalannya dengan ’sahabat’ barunya itu, pastinya dia tahu anda memiliki apa yang dia mahukan dan akan menolak botol susu tersebut, oleh itu, tinggalkan anak anda dan biarkan orang lain mengambil tempat anda seketika semasa tempoh tersebut.

2. berikan susu menggunakan susu botol ketika bayi anda lapar… tapi ingat! bukan kelaparan. Jika dia terlalu lapar dan mula merajuk, kerja anda menjadi lebih sukar

3. Sekiranya bayi anda begitu sukar untuk menerima botol susu, cubalah beberapa jenis puting dan botol susu untuk mendapatkan puting dan botol yang sesuai dan paling digemarinya

4. cubalah berikannya dalam keadaan gelap, supaya dia tak dapat membezakannya

5. panaskan seketika puting susu di dalam tapak tangan anda yang bersih sebelum berikan kepada bayi anda

6. sekiranya anda perlu juga bayi anda menggunakan botol susu pasa satu-satu masa. Mulakanlah memperkenalkannya 3-4 bulan sebelum itu.

Tukarkan Botol Susu Kepada Cawan…

Perkenalkan anak anda dengan cawan… maksud saya ajar anak minum menggunakan cawan seawal usianya 6 bulan… . sekiranya anak anda menghisap susu menggunakan botol susu ketika giginya mula tumbuh, susu akan berkumpul di sekitar giginya, ini akan meningkatkan risiko pereputan gigi.

Biasanya mengajar anak tentang sesuatu yang baru perlukan sedikit masa. Pertama sekali berikan anak anda pegang cawan kosong supaya dia mula belajar menggunakannya. Kemudian isikan cawan dengan susu ibu atau susu formula atau air kosong yang telah dididihkan. Jangan risau jika bajunya dan kawasan sekelilingnya basah… itu sememangnya akan berlaku dan itu adalah pengalaman buat dirinya…

Boomark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • YahooMyWeb

Jom Ke Pantai…

Ke pantai memang dah jadi acara hujung minggu kami sekeluarga, alaa…pantai dekat-dekat aje…seronok tengok pemandangan laut…damai rasanya, terasa diri begitu kecik sekali. Budak-budak pulak, apalagi seronok la main pasir…ye la nak main pasir kat umah kang takut terpegang…’tutt’

gambar ni kat Pantai Morib… tengokla tu…asyik betul diorang main pasir…ni la masanye…kalau kat umah tu nak keluar pagar pun tak boleh…

morib

… ni pulak kat Pantai Tanjung Harapan atau lebih dikenali dengan Tanjung Gile …kat Pelabuhan Klang…kat sini tak boleh main pasir…

tanjung harapan

ha…yang ni pulak kat Pantai Bagan Lalang…

main pasir

“kakak tak nak mandi…nak main pasir je…”, ye la tu….
kakak

cantik tak lukisan ni?…. acah aje..

lukisan

…senja di Bagan Lalang …

senja di Bagan Lalang

kalau ade kesempatan tu bawak lah keluarga pergi jalan-jalan… tak payah jauh-jauh…asalkan dapat meluangkan masa bersama… jangan lupe bawak bekal, sebab kalau dah sampai pantai tu…perut memang cepat lapar

* tak pernah lupe bawak teh panas…
Boomark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • YahooMyWeb

Hari nie… 10 Muharram…

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. Read more »

    Boomark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
    • BlinkList
    • blogmarks
    • co.mments
    • del.icio.us
    • NewsVine
    • RawSugar
    • Reddit
    • scuttle
    • Smarking
    • Spurl
    • TailRank
    • YahooMyWeb

Darah Tali Pusat Adalah Hadiah Terbaik Buat Anak Anda Yang Tersayang…

infant

Pernah dengar tak tentang darah tali pusat?

saya percaya masih ramai yang tak tahu atau pun pernah dengar tapi tak faham atau pun faham tapi… . Darah tali pusat ni ialah darah dalam tali pusat dan uri selepas kelahiran, darah ni kaya dengan sel asas darah atau dipanggil sel stem (stem cell).

Apa pulak sel stem nie?

Sel stem adalah sel yang berkebolehan untuk bina sel-sel darah yang lain dan bina sistem imun. Selain darah tali pusat, sel stem jugak boleh di ambil dari sumsum tulang dan darah yang mengalir di saluran darah badan (peripheral blood)

Kenapa sel stem nie penting?

Aplikasi sel stem ni berpotensi merawat 70 jenis penyakit, antaranya:

Kanser: Leukimia, Limfoma, Ovari, Buah Pinggang, Neuroblastoma dll.

Masalah Darah: Talasemia, Anemia Aplastik, Anemia Fanconi, Anemia (sel sabit) dll

Masalah Sistem Imunisasi: Sindrom Wiskott-Aldrich, Penyakit Granulomatus Kronik dll

Masalah Metabolik: Sindrom Hunter, Sindrom Bare-Limfosit, Drenoleukodistrofi, Konginental Diskeratosis dll

Kegunaan sel stem ni dijangka akan terus meningkat memandangkan penyelidikan terus dilakukan seperti kajian keberkesanan sel stem dalam merawat penyakit Alzheimer, Parkinson, Kecederaan Saraf Tunjang, Penyakit Jantung, Kencing Manis

Bagaimana Untuk Dapatkannya? Read more »

Boomark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • YahooMyWeb

Si manja dah pandai nak makan…

baby mamam “Zahra baru je nak masuk 4 bulan tapi dah pandai nak makan apa yang orang makan, bila tengok orang makan, mulalah dia pun sama mengunyah”

Seawal usia 4 bulan baby dah boleh diperkenalkan dengan makanan pejal, tapi kalau dia membesar dengan baik, kita boleh teruskan penyusuan susu ibu semata-mata sehingga umurnya 6 bulan. Di bawah adalah beberapa panduan untuk mula mengenalkan baby dengan makanan pejal…

 

  1. mulakan dengan bijirin, sebaik-baiknya bijirin beras, barli atau oat…gandum pulak apabila usianya 7 bulan keatas. Boleh dicampurkan dengan susu, susu ibu, jus buah-buahan atau sayuran yang telah ditapis
  2. makanan pejal seharusnya separa pejal yang agak cair tapi ingat!… Read more »

    Boomark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
    • BlinkList
    • blogmarks
    • co.mments
    • del.icio.us
    • NewsVine
    • RawSugar
    • Reddit
    • scuttle
    • Smarking
    • Spurl
    • TailRank
    • YahooMyWeb

Bertuah betul Zahra…

Sebenarnya dari masa mengandungkan anak pertama lagi, berkobar-kobar nak bagi baby susu ibu secara eksklusif, tapi tak kesampaian…kesian kakak dapat menyusu susu ibu 10 bulan aje itupun campur dengan susu formula, Hakim…lagi kesian, 7 bulan aje…Sumaiyah pulak dapatlah sampai setahun itu pun campur gak dengan susu formula. Apa pun, Zahra lah yang paling bertuah sebab dapat susu ibu sepenuhnya.

Memang banyak bezanya bagi bayi yg disusui dengan susu ibu sepenuhnya dan yang tidak. Dari Pengalaman saya, yang paling ketara ialah tahap kesihatannya, kalau Sumaiyah dulu, baru berusia 2 minggu dah pergi klinik sebab batuk & selsema agak teruk, Hakim pulak sampai sekarang umurnya nak masuk 4 tahun terlalu mudah kena batuk & selsema dan susah pulak tu nak baik. Tapi lain pulak dengan Zahra, sejak di lahirkan adalah jugak kena batuk & selsema tapi sehari je dah baik, dia nampak lebih kuat dan bertenaga. Bagi ibunya pulak, memang badan cepat turun, 2 bulan setengah dah kembali ke berat asal…percaya tak?

Antara kebaikkan susu ibu…. Read more »

Boomark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • YahooMyWeb

Siapa basuhkan botol susu anak anda?….

 

Sebagai seorang ibu, sudah pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak. Namun, apa saja impian perlu ada pengorbanan…itu adalah hakikat. Bekerja, sudah tentu terpaksa meninggalkan anak pada orang lain…adakah anak-anak kita mendapat yang terbaik dari ‘orang’ tersebut…seperti mana yang kita berikan? adakah dia membasuh botol susu anak kita sama bersih apabila kita sendiri membasuhnya?

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita Read more »

Boomark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • YahooMyWeb

Kakak seronok jumpa cinderella…

    Semalam, kami sekeluarga keluar makan malam kat Jusco Bukit Tinggi, Klang, Kakak, Hakim & Sumaiyah seronok sangat dapat jumpa cinderella… cute… sangat… sempat jugalah bergambar… tengok tu…asyik nak lari sana… lari sini… susah betul nak ambil gambar diorang ni… pegang sorang… lari sorang… terpaksalah ayahnya pegang tiga2… Kakak pun tolong pegang sama… kesian zahra, tak sempat nak pandang depan…

jumpa cinderella

…kat depan istana…Kakak & Hakim memang dari kecil suka bergambar… Sumaiyah, ikut mood…

istana

…tigger pun ada…mana pooh yer?…tak nampak pun…mesti dah lunyai dek ramai sangat yang nak bergambar…tigger tu pun sebelah tangannya dah terkulai dah…dapat kat hakim, silap-silap putus terus…

 

tigger

asyik sungguh kakak & hakim tengok… sampai suruh pusing depan pun tak nak… Sumaiyah pulak mulalah buat perangai… penatlah tu..

puteri2

Boomark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • YahooMyWeb

Panduan Ringkas Kira Zakat

Hari Jumaat yang mulia ni…artikel kita berkenan dengan zakat. Saya percaya masih ramai lagi yang masih samar-samar tentang cara pengiraan zakatkan…saya harap artikel ini dapat membantu anda menunaikannya…

  1. zakat wang simpanan - 2.5% atas baki terendah semua jenis wang simpanan dalam tempoh satu tahun setelah ditolak dengan faedah / dividen
  1. zakat KWSP – 2.5% atas wang caruman yang dikeluarkan
  1. zakat emas – terbahagi kepada 2

i) emas yang dipakai sebagai perhiasan – mengikur kadar uruf setempat, kalau tidak mencapai kadar uruf, tak wajib bayar zakat. Cth: kadar uruf Negeri Selangor ialah 800 gm

cth: 900 gm x RM 50 (harga emas semasa) = RM 45,000 x 2.5% = RM 1,125

wajib bayar zakat RM 1,125

ii) emas selain emas dipakai, samada dalam bentuk mata wang, galian, perhiasan rumah dan sebagainya. Zakat 2.5% daripada jumlahnya jika melebihi nisab iaitu 85 gm

cth: 90 gm x RM 50 (harga emas semasa) x 2.5% = RM 112.50

wajib bayar zakat RM 112.50

  1. zakat saham Read more »

    Boomark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
    • BlinkList
    • blogmarks
    • co.mments
    • del.icio.us
    • NewsVine
    • RawSugar
    • Reddit
    • scuttle
    • Smarking
    • Spurl
    • TailRank
    • YahooMyWeb

…dah besar…pakai diapers lagi…

baby

 

Jom kongsi 6 tips & pengalaman mengajar anak untuk berhenti memakai diapers dengan cepat…3-5 hari…

 

 

  1. sekali berhenti …terus berhenti, jangan sesekali dipakaikan lagi…siang atau malam. Kalau siang tak pakai malam pakai…alamatnya lambatlah sikit…
  1. pakaikan anak anda seluar dalam yang selesa
  1. pada siang hari, ingatkan dia sekerap mungkin untuk ke tandas (lambat jer sikit…terpaksalah jadi cinderella …ye lah kena lap lantai…).

Dari pengalaman sendiri: dekat 20 kali jugaklah berulang ke tandas…kadang-kadang tu sampai dah tak ada apa yang keluar…mungkin sebab dia takut ‘terbuang’ dalam seluar…sebab ibu, ayah, kakak, nenek & atok dah pesan “KALAU NAK @$&%* DALAM TOILET!!!”

  1. oleh kerana malam tak pakai jadi kenalah alas tempat tidurnya dengan plastik…jangan risau, untuk sementara aje. Carilah plastik yang sesuai…contohnya plastik alas meja…yang penting kalau apa-apa terjadi selamatlah tilam dan selamatlah kita….

Dari pengalaman sendiri: dek kerana lasaklah sangat, plastik dah elok-elok di alas dibuatnya Read more »

Boomark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • YahooMyWeb

Next Page »