Archive for the 'Mendidik Anak' Category

Tips Tukar Menyusu Pada Ibu Kepada Botol Susu Kepada Cawan

feeding babyTukarkan Menyusu Pada Ibu Kepada Botol Susu

Sekiranya bayi anda tidak diperkenalkan dengan botol susu di awal kelahirannya pasti anda menghadapi sedikit masalah untuk berbuat demikian ketika usianya 2-3 bulan keatas. Namun, jangan risau ia masih boleh dilakukan. Di bawah, terdapat beberapa tips untuk mengenalkan bayi anda dengan botol susu…

1. anda sememangnya bukan orang yang sesuai menyusukan anak anda mengunakan botol susu untuk tempoh awal perkenalannya dengan ’sahabat’ barunya itu, pastinya dia tahu anda memiliki apa yang dia mahukan dan akan menolak botol susu tersebut, oleh itu, tinggalkan anak anda dan biarkan orang lain mengambil tempat anda seketika semasa tempoh tersebut.

2. berikan susu menggunakan susu botol ketika bayi anda lapar… tapi ingat! bukan kelaparan. Jika dia terlalu lapar dan mula merajuk, kerja anda menjadi lebih sukar

3. Sekiranya bayi anda begitu sukar untuk menerima botol susu, cubalah beberapa jenis puting dan botol susu untuk mendapatkan puting dan botol yang sesuai dan paling digemarinya

4. cubalah berikannya dalam keadaan gelap, supaya dia tak dapat membezakannya

5. panaskan seketika puting susu di dalam tapak tangan anda yang bersih sebelum berikan kepada bayi anda

6. sekiranya anda perlu juga bayi anda menggunakan botol susu pasa satu-satu masa. Mulakanlah memperkenalkannya 3-4 bulan sebelum itu.

Tukarkan Botol Susu Kepada Cawan…

Perkenalkan anak anda dengan cawan… maksud saya ajar anak minum menggunakan cawan seawal usianya 6 bulan… . sekiranya anak anda menghisap susu menggunakan botol susu ketika giginya mula tumbuh, susu akan berkumpul di sekitar giginya, ini akan meningkatkan risiko pereputan gigi.

Biasanya mengajar anak tentang sesuatu yang baru perlukan sedikit masa. Pertama sekali berikan anak anda pegang cawan kosong supaya dia mula belajar menggunakannya. Kemudian isikan cawan dengan susu ibu atau susu formula atau air kosong yang telah dididihkan. Jangan risau jika bajunya dan kawasan sekelilingnya basah… itu sememangnya akan berlaku dan itu adalah pengalaman buat dirinya…

Boomark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • YahooMyWeb

…dah besar…pakai diapers lagi…

baby

 

Jom kongsi 6 tips & pengalaman mengajar anak untuk berhenti memakai diapers dengan cepat…3-5 hari…

 

 

  1. sekali berhenti …terus berhenti, jangan sesekali dipakaikan lagi…siang atau malam. Kalau siang tak pakai malam pakai…alamatnya lambatlah sikit…
  1. pakaikan anak anda seluar dalam yang selesa
  1. pada siang hari, ingatkan dia sekerap mungkin untuk ke tandas (lambat jer sikit…terpaksalah jadi cinderella …ye lah kena lap lantai…).

Dari pengalaman sendiri: dekat 20 kali jugaklah berulang ke tandas…kadang-kadang tu sampai dah tak ada apa yang keluar…mungkin sebab dia takut ‘terbuang’ dalam seluar…sebab ibu, ayah, kakak, nenek & atok dah pesan “KALAU NAK @$&%* DALAM TOILET!!!”

  1. oleh kerana malam tak pakai jadi kenalah alas tempat tidurnya dengan plastik…jangan risau, untuk sementara aje. Carilah plastik yang sesuai…contohnya plastik alas meja…yang penting kalau apa-apa terjadi selamatlah tilam dan selamatlah kita….

Dari pengalaman sendiri: dek kerana lasaklah sangat, plastik dah elok-elok di alas dibuatnya Read more »

Boomark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • YahooMyWeb