…dah besar…pakai diapers lagi…

Jom kongsi 6 tips & pengalaman mengajar anak untuk berhenti memakai diapers dengan cepat…3-5 hari…
- sekali berhenti …terus berhenti, jangan sesekali dipakaikan lagi…siang atau malam. Kalau siang tak pakai malam pakai…alamatnya lambatlah sikit…
- pakaikan anak anda seluar dalam yang selesa
- pada siang hari, ingatkan dia sekerap mungkin untuk ke tandas (lambat jer sikit…terpaksalah jadi cinderella …ye lah kena lap lantai…).
Dari pengalaman sendiri: dekat 20 kali jugaklah berulang ke tandas…kadang-kadang tu sampai dah tak ada apa yang keluar…mungkin sebab dia takut ‘terbuang’ dalam seluar…sebab ibu, ayah, kakak, nenek & atok dah pesan “KALAU NAK @$&%* DALAM TOILET!!!”
- oleh kerana malam tak pakai jadi kenalah alas tempat tidurnya dengan plastik…jangan risau, untuk sementara aje. Carilah plastik yang sesuai…contohnya plastik alas meja…yang penting kalau apa-apa terjadi selamatlah tilam dan selamatlah kita….
- Sebelum tidur, pastikan dia dah ‘buang’ siap-siap
- Sebaik-baiknya awal pagi dalam pukul 2-3 pagi kejutkan dia untuk pergi ke tandas…kalau liat nak bangun..pujuklah baik-baik…kalau tak nak juga..kenalah paksa sikit…dan jangan lupa subuh dalam pukul 6 pagi sekali lagi kejutkan…. Kalau dilakukan dengan berdisiplin…insyaallah dia tak ‘terbuang’ dalam seluar…
Dari pengalaman sendiri: kalau dikejut dia akan bangun tapi siaplah dengan ‘nyanyiannya’ tu…apa lagi melalaklah…
Dalam apa pun yang kita lakukan bersabarlah kerana setiap anak berbeza…ada yang cepat ada yang lambat…namun percayalah…pengalaman ini sebenarnya adalah suatu pengalaman yang sangat manis…

























