Darah Tali Pusat Adalah Hadiah Terbaik Buat Anak Anda Yang Tersayang…

Pernah dengar tak tentang darah tali pusat?
saya percaya masih ramai yang tak tahu atau pun pernah dengar tapi tak faham atau pun faham tapi… . Darah tali pusat ni ialah darah dalam tali pusat dan uri selepas kelahiran, darah ni kaya dengan sel asas darah atau dipanggil sel stem (stem cell).
Apa pulak sel stem nie?
Sel stem adalah sel yang berkebolehan untuk bina sel-sel darah yang lain dan bina sistem imun. Selain darah tali pusat, sel stem jugak boleh di ambil dari sumsum tulang dan darah yang mengalir di saluran darah badan (peripheral blood)
Kenapa sel stem nie penting?
Aplikasi sel stem ni berpotensi merawat 70 jenis penyakit, antaranya:
Kanser: Leukimia, Limfoma, Ovari, Buah Pinggang, Neuroblastoma dll.
Masalah Darah: Talasemia, Anemia Aplastik, Anemia Fanconi, Anemia (sel sabit) dll
Masalah Sistem Imunisasi: Sindrom Wiskott-Aldrich, Penyakit Granulomatus Kronik dll
Masalah Metabolik: Sindrom Hunter, Sindrom Bare-Limfosit, Drenoleukodistrofi, Konginental Diskeratosis dll
Kegunaan sel stem ni dijangka akan terus meningkat memandangkan penyelidikan terus dilakukan seperti kajian keberkesanan sel stem dalam merawat penyakit Alzheimer, Parkinson, Kecederaan Saraf Tunjang, Penyakit Jantung, Kencing Manis
Bagaimana Untuk Dapatkannya?
Sebaik aje bayi anda dilahirkan, doktor akan potong tali pusat dan bayi anda akan dijaga oleh jururawat, sambil menunggu uri dipisahkan, doktor akan ambil darah dari tali pusat yang masih bersambung dengan uri dengan menggunakan jarum dan beg darah sama macam proses derma darah biasa. Proses ini ambil masa lebih kurang 5 - 8 minit
Sel Stem Dari Darah Tali Pusat Kurniaan Allah S.W.T
- ia unik
- genetic sepadan untuk bayi anda (genetic match)
- genetic paling hampir untuk anggota keluarga anda yg lain
- sel terawal dan paling selamat diperolehi
- tiada risiko pada ibu dan bayi semasa pengumpulannya
- berpotensi menyelamatkan nyawa bayi dan adik beradik
Perbezaan Antara Sel Stem Dari Darah Tali Pusat Dan Sumsum Tulang
|
Darah Tali Pusat |
Sumsum Tulang |
|
|
Berapakah harganya?
Percuma… cuma perlu bayar kos penyimpanannya aje. Bagi sorang bayi, RM 2500 iaitu termasuk kos pemprosesan, pengujian dan penyimpanan tahun pertama. Bayaran penyimpanan tahunan RM 250. (perkhidmatan: StemLife Berhad)


























First time singgah blog ni.. Banyak manfaatnya
Wah…Tips yang bagus ni!! Pening gak baca pasal saya ni memang x tau apa2 tentang hal ni
zool,
time kasih sudi berkunjung… wan ngan zool….haa.. korang bujang lagi kan…eloklah baca dan fahamkan artikel ni…nanti bila dapat first baby bolehlah ambik darah tali pusat untuk masa depan…
ohh mcm tu ke.. x tau plak buleh d simpan.. info n maklumat bagus nih..