Si manja dah pandai nak makan…
“Zahra baru je nak masuk 4 bulan tapi dah pandai nak makan apa yang orang makan, bila tengok orang makan, mulalah dia pun sama mengunyah”
Seawal usia 4 bulan baby dah boleh diperkenalkan dengan makanan pejal, tapi kalau dia membesar dengan baik, kita boleh teruskan penyusuan susu ibu semata-mata sehingga umurnya 6 bulan. Di bawah adalah beberapa panduan untuk mula mengenalkan baby dengan makanan pejal…
- mulakan dengan bijirin, sebaik-baiknya bijirin beras, barli atau oat…gandum pulak apabila usianya 7 bulan keatas. Boleh dicampurkan dengan susu, susu ibu, jus buah-buahan atau sayuran yang telah ditapis
- makanan pejal seharusnya separa pejal yang agak cair tapi ingat!…jangan masukkan makanan pejal ke dalam botol susu…gunalah sudu untuk menyuapnya
- jangan sediakan makanan baby menggunakan minyak, mentega, marjerin atau gula
- perkenalkan makanan baru selang 5-6 hari untuk mengenalpasti sekiranya baby ada alahan
- lepas bijirin, bolehlah kenalkan dengan buah-buahan atau sayuran yang telah dipuri atau dilenyek (puri=rebus dahulu kemudian lenyek) cth: labu, keledek, kacang hijau, lobak, kacang pis, epal, pisang dll.
|
Baby 3 ½ hingga 4 bulan |
|
|
Waktu |
Makanan |
|
6 - 7 pagi |
Susu |
|
9 pagi |
Air atau jus buah-buahan yang dicairkan, di tapis |
|
10 - 11 pagi |
Susu |
|
2 - 3 petang |
Susu |
|
4 petang |
Air atau stok sayuran yang dilenyek |
|
6 - 8 malam |
Susu |
|
10 - 11 malam |
Susu atau makanan pejal jika perlu |
Selamat mencuba….


























Satu panduan yang menarik dan berinformasi terutama sekali kepada semua bakal isteri, bakal ibu mahupun kepada ibu-ibu