Bertuah betul Zahra…
Sebenarnya dari masa mengandungkan anak pertama lagi, berkobar-kobar nak bagi baby susu ibu secara eksklusif, tapi tak kesampaian…kesian kakak dapat menyusu susu ibu 10 bulan aje itupun campur dengan susu formula, Hakim…lagi kesian, 7 bulan aje…Sumaiyah pulak dapatlah sampai setahun itu pun campur gak dengan susu formula. Apa pun, Zahra lah yang paling bertuah sebab dapat susu ibu sepenuhnya.
Bagi bayi
- khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi
- zat khusus penting untuk perkembangan otak dan daya intelek yang lebih baik
- mengurangkan masalah pergigian dan ortodontik
- mencegah jaundis
- mencegah penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E
- mencegah penyakit lain seperti alahan kepada makanan, lelah, ekzema, sakit perut, sembelit, penyakit kulit dan sindrom kematian mengejut
- melindungi anak dari jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis, batuk dan cirit-birit kerana ia kaya dengan antibodi
- Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak bila mereka dewasa
Bagi Ibu
- oksitosin yang dikeluarkan semasa penyusuan boleh mengecutkan rahim dan membantu memberhentikan pendarahan selepas bersalin.
- Penyusuan ibu sepenuhnya boleh melambatkan kedatangan haid, menjarakkan kehamilan,
- membantu ibu bagi memulihkan semula ukuran bentuk badan dengan segera dan dapat mengurangkan lemak dipinggang dan peha.
- boleh mengurangkan risiko kanser buah dada & ovari
- Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
- Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan di mana-mana sahaja.
Tafsirnya: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.” (Surah Al-Baqarah: 233)
Inilah dia budak yang bertuah tu……


























